Pengetua & Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Menengah & Rendah,
Kuasa Penganjur,
Pek/Kumpulan/Krew Pengakap,
(Seperti dalam lampiran)
Tuan,
PENDAFTARAN KUMPULAN & KEAHLIAN PENGAKAP TAHUN 2021
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan diingatkan dan diminta untuk memperbaharui pendaftaran kumpulan dan keahlian Pengakap di sekolah tuan bagi tahun 2020. Adalah menjadi satu kesalahan menjalankan aktiviti kepengakapan tanpa pendaftaran. (Akta Parlimen 1968 : Persekutuan Pengakap Malaysia).
2) Bagi memudahkan pihak tuan untuk mendaftar, pemimpin Pengakap sekolah tuan sila membuat pendaftaran secara atas Talian dengan menggunakan aplikasi "Penang Scout Daftar" di pautan http://daftar.penangscout.org
3) Atas pertimbangan situasi pandemik yang melanda, PPMNPP telah mengambil keputusan untuk mengecualikan bayaran Yuran RM10 untuk setiap kumpulan yang mendaftar.
4) Bayaran Tunai tidak lagi dilayan mulai tahun 2017. Bayaran dengan cek hendaklah dibuat atas nama MAJLIS PENGAKAP NEGERI PULAU PINANG PENDAFTARAN. Sila rujuk kertas maklumat pendaftaran yang dikepilkan. Bayaran hendaklah dibuat menerusi Kaunter Maybank / ATM Maybank / ATM Cek Maybank / Maybank2U / Transaksi Online Bank Lain
5) Butiran bayaran adalah seperti berikut:
- Bank: Maybank atau Maybank2U
- No Akaun: 5072-4618-6224
- Nama Akaun: MPNPP-PENDAFTARAN
Kerjasama dan komitmen tuan dalam hal ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
BUTIRAN PERHUBUNG PESURUHJAYA-PESURUHJAYA DAERAH
Maklumat Pesuruhjaya Daerah | Telefon | Alamat | |
Daerah Balik Pulau - En Rozhan Bin Hj Yahaya |
012-4452251 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 4-G-3, Taman Sri Indah, Tkt. Sri Genting, 11000 Balik Pulau. |
Daerah Bukit Mertajam - En Tan Sow Sung |
012-4100545 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | SJKC Sin Ya, 14000 Bukit Mertajam |
Daerah Butterworth - En Mohammad Sabhi Bin Othman |
019-4708009 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | SMK Bagan Jaya, 13400 Butterworth |
Daerah Georgetown (Utara) - En Lee Kok Wah |
016-4855191 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 2-16-7 Lintang Kampung Melayu 2, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang |
Daerah Georgetown (Selatan) - En Oi Siou Hean |
012-4898778 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 230, Jalan Dato Kramat, 10150 Pulau Pinang. |
Daerah Nibong Tebal - Pn. Norhayati Binti Mohamad |
012-5040716 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 64, Jalan Murni 1, Taman Murni, 34200 Parit Buntar. |
Daerah Bayan Lepas - En Mohd Hafife Bin Abdul Halim |
017-6635054 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | D/A Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Jalan Bukit Gambir, 11700 Pulau Pinang |
BUTIRAN YURAN KEAHLIAN
Yuran Pendaftaran Keahlian adalah seperti berikut:
Yuran Ahli Pengakap (bawah umur 18 tahun) | RM 7.00 |
Yuran Ahli Dewasa (umur 18 tahun dan ke atas) | RM 10.00 |
Yuran Kumpulan | RM 10.00 (dikecualikan bagi kumpulan yang pernah daftar tahun sebelumnya) |
MUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN KUMPULAN/KREW/PEK
Borang Pendaftaran Kumpulan Pengakap (Pengakap Lebah, Kanak-kanak, Muda, Remaja)
Borang Pendaftaran Krew Pengakap Kelana / BP Guild
MUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN PERSEORANGAN
Borang Pendaftaran Peseorangan (Dewasa)
Borang Pendaftaran Perseorangan (Murid / Pelajar)