Sunday, 16 October 2011 16:00

54th JOTA and 15th JOTI (9M2PX)

K2_WRITTEN_BY_MALE 
K2_RATE_THIS_ITEM
(0 K2_VOTES)

Tarikh             : 14 Oktober 2011 – 16 Oktober 2011
Tempat           : SJK (C) Sin Ya, Alma

 

54th JOTA (Jamboree On The Air) and 15th JOTI (Jamboree On The Internet) yang dianjukan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bukit Mertajam telah diadakan pada 14 Oktober 2011 hingga 16 Oktober 2011 bertempat di SJK (C) Sin Ya, Alma, Bukit Mertajam.

 

Callsign bagi Station JOTA kali ini adalah 9M2PX yang dikendali oleh Encik David Yeoh. Seramai 400 orang peserta dari kalangan Pengakap dan Pandu Puteri telah menghadir dan berkhemah sepanjang jambori yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini.

 

54th JOTA and 15th JOTI telah dirasmikan oleh Ahli EXCO Pertanian Kerajaan Negeri, YB Law Choo Kiang. Turut hadir bersama adalah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pentadbiran) Heng Soo Peng dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tan Sow Sung.

 

Selain itu, Trade-o-ree yang kali pertamanya diadakan juga dalam JOTA kali ini dan diketuai oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Unit Kelana dan Antarabangsa) Chew Ching Yee.

 

 

K2_READ 1122 K2_TIMES