Sunday, 18 September 2011 16:00

Merdeka Hike 2011 dan Clean Up The Hill

K2_WRITTEN_BY_MALE 
K2_RATE_THIS_ITEM
(0 K2_VOTES)

Tarikh             : 18 September 2011
Tempat           : Hutan Lipur Ceruk Tokun

Merdeka Hike 2011 dan Clean Up The Hill telah diadakan pada 18 September 2011 di Hutan Lipur Ceruk Tokun. Merdeka Hike merupakan aktiviti yang diadakan tiap-tiap tahun semperna dengan Hari Kemerdekaan bagi tujuan memupuk semangat cintai negara di kalangan pengakap. Merdeka Hike kali ini telah bergabung dengan Projek Cleap Up The Hill yang dianjurkan oleh Majlis Perhubungan Pengakap Kelana Negeri Pulau Pinang bagi tujuan sampingan membersihkan Ceruk Tokun serta menyemaikan semangat cintai alam sekitar.

 

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Phee Boon Poh, Ahli EXCO Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dalam ucapan perasmian beliau, beliau berharap kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan pertubuhan orang awam dalam usaha menghijaukan alam sekitar dapat diperbanyakkan, Kerajaan negeri juga akan memberikan sokongan yang penuh atas aktiviti yang bermakna sebegini.

 

Turut hadir bersama adalah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai Puan Maimunah Mohd Sharif dan juga penolong pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri, pesuruhjaya-pesuruhjaya daerah dan Ahli-ahli Majlis MPSP.

 

Seramai 800 orang ahli pengakap telah berkerjasama membersihkan bukit Ceruk Tokun. Kutipan sampah dari sekitar adalah seberat 200kg, kemudiannya diagihkan kepada beberapa kategori untuk tujuan kitar semula.

 

Tetamu jemputan dan hadirin khas juga menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Merdeka Hike dan sekolah yang berkutipan terbanyak.

 


K2_READ 923 K2_TIMES