Permohonan Tauliah Pemimpin / Penolong Pemimpin

(Kumpulan / Lebah / Kanak-kanak / Muda / Remaja / Kelana)

Langkah-langkah permohonan seperti berikut:-

 

Langkah 1: Muat Turun Borang PPM-9(a)

Sila muat turun (download) borang dari sini:-

 

Langkah 2: Isi Borang PPM-9(a) dan Cetak

Sila isi borang PPM-9(a) dengan menaip dan cetak 2 salinan borang tersebut.

 

Langkah 3: Dapat Pengesahan/Sokongan

Sila mendapat pengesahan/sokongan daripada pihak-pihak berikut:- 

  1. Penganjur (contoh: Pengetua Sekolah)
  2. Pemimpin Kumpulan
  3. Setiausaha PPM Daerah
  4. Pesuruhjaya Pengakap PPM Daerah

 * Pengesahan diperlukan untuk 2 salinan Borang PPM-9(a) tersebut

 

Langkah 4: Imbas Borang PPM-9(a), Kad Keahlian Pengakap, Kad Pengenalan (MyKad) dan Sijil Manikayu

Sila imbas (scan) dokumen-dokumen berikut:-

  1. Borang PPM-9(a) yang telah lengkap dengan pengesahan/sokongan. Sila simpan (save) borang PPM-9(a) (softcopy) dengan nama fail "PPM-9(a)-No kad pengenalan", contoh: PPM-9(a)-570214071234.
  2. Kad Keahlian Pengakap Tahun Semasa. Sila simpan (save) dengan nama fail "KA-No kad pengenalan", contoh: KA-570214071234.
  3. Kad Pengenalan (MyKad). Sila simpan (save) dengan nama fail "IC-No kad pengenalan", contoh: IC-570214071234.
  4. Sijil Manikayu 2 butir (jika ada). Sila simpan (save) dengan nama fail "MK-No kad pengenalan", contoh: MK-570214071234.
  5. Sijil Penyertaaan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 (jika tiada sijil manikayu 2 butir). Sila simpan (save) dengan nama fail "KMK1-No kad pengenalan", contoh: KMK1-570214071234.

 

Langkah 5: Permohonan Atas Talian (e-Tauliah)

Sila membuat permohonan secara atas talian (online) dengan menggunakan link berikut:-

 

* Borang PPM-9(a), kad keahlian pengakap tahun semasa dan kad pengenalan (MyKad) yang telah di-imbas perlu muat naik (upload) ke sistem e-Tauliah ini.

* Sijil Manikayu 2 butir atau Sijil Penyertaaan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 yang telah di-imbas perlu muat naik (upload) ke sistem e-Tauliah ini (Jika ada).

 

Langkah 6: Hantar Dokumen-Dokumen yang lengkap ke Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang

Sila hantar dokumen-dokumen (hardcopy) berikut ke Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang:-

  1. Borang PPM-9(a) asal yang lengkap dengan pengesahan (2 salinan borang asal diperlukan)
  2. Salinan Kad Keahlian Pengakap tahun semasa
  3. Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
  4. Salinan Sijil Manikayu 2 butir (Jika ada)
  5. Salinan Sijil Penyertaaan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 (Jika tiada sijil manikayu 2 butir)

 

Langkah 7: Semak Status Permohonan Secara Atas Talian

Sila semak status permohonan dengan menggunakan link berikut:- 



Langkah 8: Kutip Sijil Tauliah Sementara (Percubaan) daripada Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang

Jika permohonan diluluskan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap PPM Negeri Pulau Pinang, satu emel akan hantar kepada tuan/puan bagi mengutip sijil tauliah sementara (percubaan) daripada Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang. 

Tahniah! Tuan/Puan telah dilantik sebagai pemimpin/penolong pemimpin dibawah Persekutuan Pengakap Malaysia.


Tauliah Sementara

Tauliah sementara diberi kepada tuan/puan untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin/penolong pemimpin dalam kumpulan selama tiga (3) bulan sebagai percubaan. Dengan ini, pemimpin/penolong pemimpin yang mempunyai tauliah sementara akan dapat perlindungan dibawah Dasar dan Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia.


Tauliah Tetap

Setelah tuan/puan telah bertugas sebagai pemimpin/penolong pemimpin genap 3 bulan tempoh percubaan, tauliah tetap akan dipohon daripada Ibu Pejabat PPM Kebangsaan (HQ) setelah Pesuruhjaya Daerah berpuas hati dan sokong tuan/puan untuk memegang Tauliah Tetap. 

Satu emel akan hantar kepada tuan/puan untuk mengutip sijil tauliah tetap daripada Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang setelah sijil tersebut telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PPM Kebangsaan (HQ).

* Sijil tauliah tetap hanya akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PPM Kebangsaan (HQ) kepada pemimpin/penolong pemimpin yang mempunyai Sijil Manikayu (2 butir). 

* Pemimpin/penolong pemimpin yang TIDAK mempunyai Sijil Manikayu 2 butir digalakkan untuk menghabiskan latihan manikayu 2 butir untuk memegang tauliah tetap. Latihan manikayu merangkumi Peringkat Pengenalan, I, II, III(A), III(B) dan IV.