Misi

Written by Wong Kok Nian on . Posted in Ibu Pejabat PPMNPP

СНПЧ А7 Сургут, обзоры принтеров и МФУ
  1. Membina satu pasukan kepimpinan yang bersepadu, berkomitmen dan teguh di peringkat negeri dengan mendukung prinsip berpengakap kerana minat dan semangat.
  2. Menyusun semula sistem pengurusan dan memberi semangat baru dalam memperkasa organisasi Pengakap di semua peringkat pentadbiran dengan mengamalkan prinsip intregriti dan ketelusan dalam semua aspek urusan.
  3. Menjalinkan kerjasama erat dengan pihak dan agensi-agensi lain bagi menjayakan program secara perkongsian pintar untuk memantapkan imaj pergerakan Pengakap di Pulau Pinang.
  4. Menggerakkan usaha mempromosi Pergerakan Pengakap sebagai satu pertubuhan pelengkap untuk menjayakan usaha-usaha pembinaan sahsiah ahli dan pembangunan modal insan.
  5. Menonjolkan imej Pengakap yang beridentiti melalui program dan aktiviti yang memberi impak langsung kepada ahli-ahli.
  6. Mempertingkatkan bilangan kumpulan dan ahli berdaftar yang aktif di seluruh negeri serta membina jati diri yang kuat bagi menghadapi persaingan semasa untuk melahirkan seramai mungkin ahli Pengakap Raja di Pulau Pinang.
  7. Mewujudkan rangkaian yang akrab dan berkesan di seluruh tujuh daerah pentadbiran dengan fokus kepada aspek pembangunan demi faedah ahli dan pertubuhan.
  8. Meletakkan keutamaan terhadap usaha memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang menyumbang ke arah pembangunan Pengakap di Pulau Pinang.