Penaung PPMNPP

Written by Wong Kok Nian on . Posted in Ibu Pejabat PPMNPP

 

Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas
Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas (lahir 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang) adalah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Beliau juga menjadi Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

TYT Abdul Rahman bekerja sebagai guru selama 20 tahun. Mulai 1978 bertanding beliau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Pulau Pinang dan menang selama empat penggal.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974-1988. Beliau merupakan anggota Pemuda Umno dari 1976-1978 dan menjadi Timbalan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas pada 1988.
Beliau mula dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001. Seterusnya dilantik semula pada 1 Mei 2005.

Pada 15 April 2009, TYT Abdul Rahman menerima watikah pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. Pada 1 Mei 2009, Abdul Rahman Abbas mengangkat sumpah angkat sumpah penggal ke-3 di Seri Mutiara dan disaksikan oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria.

TYT Abdul Rahman berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan ayah kepada empat orang anak.