Perubahan Tempat Kursus Ketua Patrol Pengakap Muda 2016

Written by Wong Kok Nian on . Posted in Pengumuman dan Siaran

Pengetua

Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pulau Pinang
U/P: Pemimpin Pengakap Muda

Tuan,

KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP MUDA PULAU PINANG TAHUN 2016

Per: Perubahan Tempat Kursus

Merujuk kepada perkara di atas, dan surat jemputan kursus (Rujukan PPMNPP/PLC 2016/03 Bertarikh 22 March 2016) adalah berkaitan.

2.         Sukacita dimaklumkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan atas nasihat Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Kursus Ketua Patrol Pengakap Muda Pulau Pinang Tahun 2016 yang dijadualkan pada 15hb – 17hb April 2016 (Jumaat – Ahad) akan diubah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek, Taman Puteri Gunung, 14120 Simpang Ampat, SPS.

3.         Justeru itu, adalah memohon jasa baik pihak sekolah untuk menghantar ahli Pengakap Muda pihak sekolah ke tempat terkini. Manakala masa pendaftaran, yuran penyertaan, syarat-syarat penyertaan kursus adalah masih berkekalan seperti dalam surat jemputan.

4.         Segala kesulitan amat dikesali. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

 

Yeoh Mooi Lee
Setiausaha,
Kursus Ketua Patrol Pengakap Muda 2016
b/p Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang

 

Siaran:

icon Surat Makluman - Perubahan Tempat Kursus Ketua Patrol 2016 (197.04 kB)

KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP MUDA (PERINGKAT NEGERI) TAHUN 2016

Written by Wong Kok Nian on . Posted in Pengumuman dan Siaran

Kepada,
Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pulau Pinang


Tuan,

KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP MUDA PULAU PINANG TAHUN 2016


Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang akan mengadakan kursus seperti berikut:
Tarikh : 15-17 April 2016(Jumaat – Ahad)
Masa lapor diri : 15 April 2016 (2.30 Petang)
Masa tamat : 17 April 2016 (3.00 Petang)
Tempat : SMK Bandar Tasek Mutiara, Nibong Tebal

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN (PERINGKAT NEGERI)

Written by Wong Kok Nian on . Posted in Pengumuman dan Siaran

PENGETUA/ GURU BESAR
Sekolah-sekolah berkenaan
(u.p: Pemimpin Pengakap)
Negeri Pulau Pinang

Tuan/Puan


KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN (PERINGKAT NEGERI)
Berhubung dengan perkara di atas, saya dengan segala hormat dan sukacita bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang akan menjalankan kursus tersebut pada ketetapan yang berikut:-
Tarikh : 26 Mac 2016 (Sabtu)
Tempat : Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang
Masa Pendaftaran : 8.00 pagi
Masa Bersurai : 5:00 petang

2. Butir-butir penyertaan adalah seperti yang berikut:-
2.1 Yuran pendaftaran: RM35.00 bagi setiap peserta (tidak termasuk pengangkutan dan bahan-bahan keperluan perserta sendiri semasa kursus dijalankan). Peserta akan menerima:

  1. Makanan dan minumam sepanjang kursus dijalankan
  2. Sijil penyertaan kursus
  3. Bahan-bahan yang berkiatan kursus

2.2 Cara bayaran: Yuran pendaftaran boleh dibayar secara wang tunai atau cek berpalang (atas nama Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang) pada masa pendaftaran- 26 Mac 2016.
2.4 Tarikh Tutup: 18 Mac 2016. Bagi peserta yang berminat menyertai kursus ini, sila mendaftarkan nama melalui SMS kepada Setiausaha Pasukan Latihan Negeri: Chew Ching Yee (012-407 0003).
2.5 Salinan surat kebenaran Jabatan Pendidikan Pulau Pinang JPNNPP (UKK)100-4/4 Jld. 13 (16) dilampirkan untuk rujukan Tuan/Puan.3. Syarat-syarat penyertaan:

3.1 Pakaian: Pakaian seragam pengakap lengkap atau pakaian yang sesuai untuk kursus.
3.2 Kursus ini terbuka Pemimpin, Penolong Pemimpin Pengakap, Pengakap Kelana dan orang awan yang berumur 18 keatas (tahun 2016).
3.3 Kelulusan daripada kuasa pengajur (Pengetua atau Guru Besar) dan sokongan daripada Pemimpin yang menjaga kumpulan adalah diwajib untuk menyertai kursus ini.

4. Borang penyertaan adalah dilampirkan dan sila kembalikannya pada hari kursus. Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara di atas, sila hubungi kepada:-
4.1 Pengerusi Pasukan Latihan Negeri: En. Abu Bakar Bin Awang (019-575 3820) atau
4.2 Setiausaha Pasukan Latihan Negeri: En. Chew Ching Yee (012-407 0003) selepas waktu kerja, jam 1800.

Segala kerjasama dan sokongan dari pihak Tuan/Puan dalam menjayakan program yang telah dirancangkan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP”
“PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI”

Yang menjalankan tugas,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang

(CHEW CHING YEE)
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, merangkap
Setiausaha Pasukan Latihan Negeri

 

Muat Turun Siaran dan Borang Pendaftaran:

icon Surat Kursus Manikayu Pengenalan 2016 (132.23 kB)

PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2015

Written by Wong Kok Nian on . Posted in Pengumuman dan Siaran

Dengan segala hormatnya ingin saya maklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan menjalankan Pra Pentarafan Pengakap Raja 2015 pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 18 – 20 Disember 2015
Tempat : Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang
Masa Pendaftaran : 08 :00 pagi
Masa Bersurai : 12 :00 tengah hari
Yuran Pendaftaran : RM25.00 (Setiap peserta)
Syarat-syarat Penyertaan : Peserta wajib lulus dalam Kem Penilaian Anugerah Ketua Pengakap Negara (Rambu Pengakap Remaja)

 

Muat Turun Borang & Siaran:

icon Surat Pra Penarafan 2015 (1.27 MB)