PERHIMPUNAN PENGAKAP KELANA NEGERI PULAU PINANG 2017

Written by Wong Kok Nian on . Posted in Pengumuman dan Siaran

PERHIMPUNAN PENGAKAP KELANA NEGERI PULAU PINANG 2017 (2017 Penang Rovers One Day Gathering)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang (PPMPP) dengan usahasama Majlis Pengakap Kelana Negeri Pulau Pinang akan mengadakan aktiviti tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 2 Julai 2017
Hari : Ahad 
Masa Pendaftaran: 8.00 pagi (peserta)
Bersurai : 6.00 petang 
Yuran: Percuma
Tempat : Wisma Pengakap, 1 Solok Scottland, 10450 Pulau Pinang, Malaysia

***Sasaran dan syarat penyertaan:
a) Terbuka kepada semua Belia yang berminat dan ahli pengakap kelana Negeri Pulau Pinang yang berumur 17 sehingga 26 tahun. 
b) Setiap Majlis Pengakap Kelana Daerah, Negeri Pulau Pinang WAJIB mencalonkan sekurang-kurangnya 4 orang wakil.
c) Setiap Krew Pengakap Kelana Negeri Pulau Pinang WAJIB mencalonkan 2 orang wakil. (Termasuk sekolah menengah yang berdaftar atas kategori pengakap kelana)

Sila maklumkan bilangan kehadiran dari pihak Tuan / Puan sebelum 25 Jun 2017 untuk menyenangkan kerja pengurusan. Jika Tuan / Puan terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Tay (017-4235939) 
 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Muat Turun siaran dan borang:
icon Perhimpunan PK 2017 (589.22 kB)

Segala kerjasama dan sokongan dari pihak Tuan /Puan dalam menjayakan program yang telah dirancangkan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.