KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP MUDA PULAU PINANG TAHUN 2017

Written by Wong Kok Nian on . Posted in Pengumuman dan Siaran

KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP MUDA PULAU PINANG TAHUN 2017

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang akan mengadakan kursus seperti berikut:

Tarikh : 10-12 Mac 2017(Jumaat – Ahad)
Masa lapor diri : 10 Mac 2017 (2.30 Petang)
Masa tamat : 12 Mac 2017 (3.00 Petang)
Tempat : SMK Bandar Tasek Mutiara, Nibong Tebal

2. Sehubungan itu, ahli pengakap sekolah tuan adalah dijemput untuk mengambil bahagian dalam kursus ini. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengakap disamping memberi peluang kepada para pengakap untuk mempelajari kemahiran kepimpinan sebagai seorang Ketua Patrol. Dalam kursus ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain melalui tugasan dan projek-projek yang dijalankan.
3. Setiap peserta akan dikenakan bayaran penyertaan sebagai RM50.00 (tidak termasuk pengangkutan dan bahan keperluan peribadi perserta semasa menghadiri kursus)
Setiap peserta akan menerima:
(a) Makanan dan minumam sepanjang kursus dijalankan
(b) Sijil penyertaan yang dikeluar oleh PPM Negeri Pulau Pinang
(c) Nota kursus.
Cara bayaran: Yuran pendaftaran boleh dibayar secara wang tunai kepada urusetia kursus atau cek berpalang (atas nama Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang).Resit rasmi akan dikeluarkan
4. Untuk maklumat tuan, syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
(a) Ahli pengakap muda (umur 14 hingga 15 ½) dan berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia pada tahun 2017 (sila tunjukkan kad pendaftaran ahli pengakap Tahun 2017 atau sertakan salinan Borang Pendaftaran Keahlian, Borang PPM 2A).
(b) Mempunyai minat dan kebolehan sebagai seorang ketua patrol/kumpulan.
(c) Mendapat kebenaran daripada waris.
5. Sehubungan dengan itu, beserta dengan surat ini telah dilampirkan borang pendaftaran, keperluan kursus dan lain-lain.
a) Bagi pengakap sekolah anda yang berminat menyertai kursus ini, sila mendaftarkan Nama Sekolah Anda dan Bilangan Peserta, sebelum 03 Mac 2017 melalui talian, SMS atau emel kepada: Tan Peng Chong di talian:
016-4362656 atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
b) Selain itu, peserta juga perlu lengkapkan dan kembalikan Borang Penyertaan semasa pendaftaran Kursus pada 10hb Mac 2017.
6. Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Tan Peng Chong (016-4362656) atau Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Yeoh Mooi Lee (012-6851260)
Sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan amat disanjung tinggi.

 

icon Kursus Ketua Patrol 2017 (2.23 MB)