JAMBOREE PENGAKAP PULAU PINANG KE-10 & JAMBORI PENGAKAP UTARA KALI PERTAMA TAHUN 2016

Written by Wong Kok Nian on . Posted in Pengumuman dan Siaran

СНПЧ А7 Сургут, обзоры принтеров и МФУ

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Sekolah Rendah,
Seluruh Pulau Pinang

Tuan,

SIARAN JAMBOREE PENGAKAP PULAU PINANG KE-10 & JAMBORI PENGAKAP UTARA KALI PERTAMA TAHUN 2016
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang (PPMPP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan jambori tersebut pada ketetapan berikut:
Tarikh : 26 hingga 29 September 2016
Hari : Isnin – Khamis
Masa : Pendaftaran 9.00 pagi (26 September 2016)
Bersurai : Bersurai 2.00 petang (29 September 2016)
Tempat : Pusat Kokurikulum Pulau Pinang, Kem Mutiara, Lebuhraya Muhibah, 14000 Bukit Mertajam.
Yuran : RM 50.00 setiap peserta (termasuk makan minum, sijil dan lencana)
Penyertaan : Terbuka kepada semua ahli Pengakap Sekolah Rendah dan Menengah yang berdaftar

3. Sehubungan itu, pihak PPMPP menjemput ahli Pengakap dari sekolah tuan untuk menyertai perkhemahan ini. Sila lengkapkan Borang Pendaftaran Perkhemahan (Kumpulan) yang dilampirkan dan fakskan ke Wisma Pengakap Pulau Pinang di talian 04-828 7230 pada atau sebelum 9 September 2016 (Jumaat). Borang Pendaftaran Individu diserahkan kepada Urus Setia semasa pendaftaran. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan En. Muhamad Haikal bin Mansor di talian 019-5256946. Kerjasama dan sokongan tuan dalam memajukan pergerakan Pengakap amat dihargai dan disanjung tinggi.

 

icon Siarat Jamborette Pulau Pinang 2016 (661.58 kB)