KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT SATU (UNIT PENGAKAP MUDA) - PERINGKAT NEGERI 2016

Written by Wong Kok Nian on . Posted in Pengumuman dan Siaran

СНПЧ А7 Сургут, обзоры принтеров и МФУ

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang akan menjalankan kursus tersebut pada ketetapan yang berikut:-
Tarikh Kursus : 16 hingga 17 Julai (Sabtu – Ahad)
Tempat Kursus : SMK Taman Perwira, Bukit Mertajam
(https://goo.gl/maps/7kPwsuXFhMG2)
Masa Pendaftaran : 16 Julai 2016-Jam 8:00 pagi (Pakaian seragam lengkap)
Masa Tamat Kursus : 17 Julai 2016-Jam 5:00 petang

2. Butir-butir penyertaan adalah seperti yang berikut:-
2.1 Yuran Penyertaan: RM100.00 seorang (Yuran penyertaan adalah merangkumi makan dan mimun sepanjang kursus dijalankan, sijil penyertaan dan bahan kursus)
2.2 Cara bayaran: Yuran penyertaan boleh dibayar secara wang tunai atau cek berpalang (atas nama Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang) pada masa pendaftaran- 16 Julai 2016.
2.3 Tarikh Tutup: 11 Julai 2016 Peserta yang berminat menyertai kursus ini, sila mendaftarkan nama anda melalui SMS atau emel kepada: En. Chew Ching Yee (012-4070003/ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. )

3. Syarat-syarat penyertaan:
3.1 Kursus ini terbuka kepada Penolong Pemimpin atau Pemimpin yang telah menyertai Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan.
3.2 Peserta adalah wajib melampirkan salinan-salinan yang sah bersama borang penyertaan ini seperti:
3.2.1 Sijil Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan
3.2.2 Kad keahlian 2016
3.3 Kelulusan daripada Kuasa Pengajur (Pengetua atau Guru Besar) dan sokongan daripada Pemimpin yang menjaga kumpulan adalah diwajib untuk menyertai kursus ini.
3.4 Peserta adalah wajib mematuhi tatacara pakaian seragam pengakap. (sila rujuk lampiran A).
3.5 Peserta lelaki hendaklah siap memotong rambut dengan mematuhi peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum hadir lapor diri.
3.6 Peserta-peserta kursus diwajib membawa barang-barang keperluan masing-masing (sila rujuk lampiran B).
3.7 Borang penyertaan adalah dilampirkan dan sila kembalikannya pada hari kursus.

4. Jika ada sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi:-
a) En. Abu Bakar bin Awang (Pengerusi Pasukan Latihan Negeri) - 019-575 3820
b) En. Chew Ching Yee (Setiausaha Pasukan Latihan Negeri) - 012-407 0003 (selepas 4.00 petang)

Segala kerjasama dan sokongan dari pihak Tuan/Puan dalam menjayakan program yangtelah dirancangkan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

icon MK P1 2016 (686.04 kB)