KEM PENILAIAN ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (RAMBU PENGAKAP MUDA) 2016

Dengan segala hormatnya ingin saya maklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan menjalankan Kem Penilaian Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Rambu Pengakap Muda) bagi Pengakap Muda di Sekolah Menengah pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 05-06 November 2016
Tempat : Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang
Masa Pendaftaran : 08.00 Pagi (05 November 2016)
Masa Bersurai : 3.00 Petang (06 November 2016)
Yuran Pendaftaran : RM60.00 (Setiap Peserta)
Syarat-syarat Penyertaan : Peserta mesti lulus dalam semua Lencana-lencana Tinggi Pengkap Muda dan Pengambilan Kursus Ketua Patrol Pengakap Muda Negeri Pulau Pinang
2. Sehubungan itu, pengakap dari sekolah-sekolah menengah seluruh negeri Pulau Pinang akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam kem penilaian ini. Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM60.00 (Untuk bahan-bahan Kem Penilaian Rambu Pengakap Muda dan Makanan Tengah Hari akan diberikan oleh Pihak Penganjur Kem)
3. Tujuan Kem ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengakap disamping memberi peluang kepada para pengakap untuk menujuk ke arah yang tertinggi apabila menaik Pengakap Remaja. Dalam kem Penilaian ini juga akan dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain melalui tugasan dan projek-projek yang dijalankan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
 Tan Peng Chong (016-4362656)

 

5. Lampiran 1 yang dikepilkan adalah bahan dan peralatan yang WAJIB dibawa oleh peserta semasa perkhemahan dijalankan.
Segala kerjasama dan sokongan dari pihak Tuan dalam menjayakan program yang telah dirancangkan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih
“PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP”
Saya yang menjalankan tugas,
_________________
(TAN PENG CHONG)

 

icon Siaran dan Borang Kem Penilaian KPPN 2016 (2 MB)