Strict Standards: Declaration of JParameter::loadSetupFile() should be compatible with JRegistry::loadSetupFile() in /home/penangsc/public_html/libraries/joomla/html/parameter.php on line 0

Berita/Laporan (32)
Tarikh : 14 Mei 2011 – 15 Mei 2011
Tempat : Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang
Kursus ini telah diadakan pada 14 hingga 15 Mei 2011 bertempat di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang dengan diketuai oleh PIPNg Noraini Binti Puteh sebagai tugasan CALT beliau. Seramai 8 peserta lelaki peserta dan 11 peserta wanita telah menyertai kursus ini.
Jurulatih dan Penolong Jurulatih yang terlibat dalam kursus ini adalah seperti berikut:
PKPPNg Abu Bakar Bin Awang, Jurulatih Antarabangsa
PKPPNg Heng Soo Peng, Jurulatih Antarabangsa
PKPPNg Chew Ching Yee, Jurulatih Antarabangsa
PIPNg Hazlisham Bin Hj. Hanafiah, Penolong Jurulatih Kebangsaan
PPD Tan Sow Sung, , Penolong Jurulatih Kebangsaan
PPPD Teoh Kheng Lin, Penolong Jurulatih Kebangsaan
PPPD Chan Hong Wai, Tugasan CALT
PPPD Ong Shy Hann, Tugasan CALT
PPPD Norhayati Binti Mohamad, Tugasan CALT
PPPM Wong Kok Nian
[Laporan : Chew Ching Yee]
Tarikh : 28 Mei 2011
Tempat : SJK (C) Sin Ya, Alma, Bukit Mertajam
JOTA Malaysia 2011 telah berlangsung pada 28 Mei 2011 di SJK (C) Sin Ya, Alma, Bukit Mertajam dan diketuai oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah Bukit Mertajam Ong Shy Hann.
Majlis pembukaan adalah dirasmikan oleh YB Tan Hock Leong, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama adalah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pentadbiran) Heng Soo Peng, Pesuruhjaya Daerah Tan Sow Sung dan Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah Bukit Mertajam.
Majlis permbukaan juga diselitkan satu Upacara Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Pulau Pinang ke Jambori Pengakap Melaka Bandaraya Warisan Dunia Ke-8, yang menerima bendera adalah Ketua Kontijen Tan Peng Chong.
Tarikh : 19 & 26 Jun 2011
Tempat : SMK Guar Perahu
Ujian Lencana Jaya Mendaki Bukit 2011(Daerah GTS)
Written by TAY CHIH HERNTarikh : 26 Jun 2011
Tempat : Bukit Bendera
Seramai 30 orang pengakap muda telah mengambil bahagian dalam ujian tersebut. Mereka bermula dari kaki Bukit Bendera (Moon Gate) dan bertuju ke Bukit Bendera.
Perkhemahan Latihan Kemahiran Projek Perintis 2011
Written by TAY CHIH HERNTarikh : 12 Ogos 2011 – 14 Ogos 2011
Tempat : SMK Machang Bubok
Perkhemahan ini telah dijalankan pada 12 hingga 14 Ogos 2011 di SMK Machang Bubok, Bukit Mertajam dengan diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Unit Kelana dan Antarabangsa) Chew Ching Yee. Seramai 6 orang Pengakap Kelana telah mengambil bahagian ini.
Objektif perkhemahan ini adalah mempertingkatkan kemahiran Projek Perintis dalam kalangan Pengakap Kelana serta pengurusan risiko terhadapnya.
Tarikh : 18 Ogos 2011
Tempat : Hospital Besar Pulau Pinang
Latihan ini telah dijalankan pada 18 Ogos 2011 di Hospital Besar Pulau Pinang dengan bantuan Pegawai-pegawai Hospital Bahagian Kecemasan di Hospital Besar Negeri Pulau Pinang. Seramai 7 orang Pengakap Kelana telah mengambil bahagian latihan ini.
Kempen Pemeliharaan Alam Sekitar & Derma Darah
Written by TAY CHIH HERNTarikh : 21 Ogos 2011
Tempat : Pejabat MPSP, Jalan Betek, Bukit Mertajam
Kempen Pemeliharaan Alam Sekitar & Derma Darah telah diadakan pada 21 Ogos 2011 bertempat di Pejabat MPSP, Jalan Betek, Bukit Mertajam.
Kempen ini adalah dianjurkan oleh Majlis Perhubungan Pengakap Kelana Negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada calon-calon Anugerah B-P. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi perkhidmatan pemeliharaan kepada alam sekitar dan menderma darah kepada orang yang memerlukan.
Kempen ini telah dirasmikan oleh YB Phee Boon Poh, Ahli EXCO Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dalam ucapan perasmian beliau, beliau amat berterima kasih kepada para pengakap yang beusaha mengadakan kempen pemeliharaan sebegini untuk menyumbang kepada kebaikan alam sekitar untuk mewujudkan negeri Pulau Pinang yang bersih dan indah. Beliau juga berharap dengan tenaga dan usaha yang ada pada pengakap, dapat terus memupuk semangat kehijauan ini kepada orang ramai.
Turut hadir bersama adalah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai Puan Maimunah Mohd Sharif dan juga penolong pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri, pesuruhjaya-pesuruhjaya daerah.
Seramai 100 orang ahli pengakap turut hadir meraihkan kempen ini. Pelbagai aktiviti seperti bengkel pembuatan EM Mud-ball, ceramah kitar semula, pameran pengakap dan bengkel penghasilan sabun daripada minyak terpakai. Sebanyak 1500 biji EM Mid-ball telah dihasilkan dalam kempen ini.
Selain itu, kempen derma darah juga mendapat sambutan hangat di kalangan pengakap dewasa. Kempen kali ini telah berjaya mengumpul sebanyak 22 bungkus darah dengan kerjasama daripada Hospital Gleneagle Pulau Pinang
Manakala kutipan derma kepada Tabung rawatan Beh Kuan Kyn ke Beijing telah berjaya mengutip sebanyak RM120 dalam kempen kali ini.
Perkhemahan Latihan Kemahiran Ikhtiar Hidup 2011
Written by TAY CHIH HERNTarikh : 26 Ogos 2011 – 28 Ogos 2011
Tempat : Hutan Lipur Sungai Sedim
Perkhemahan Latihan Kemahiran Ikhtiar Hidup ini telah dijalankan pada 26 hingga 28 Ogos 2011 di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim, Negeri Kedah dengan bantuan jurulatih dari Syarikat Azam Travel yang menguruskan Tree Top Walk Sungai Sedim-pakar jurulatih dalam bidang kemahiran Ikhtiar Hidup. Seramai 8 orang Pengakap Kelana telah mengambil bahagian ini.
Objektif perkhemahan ini adalah untuk mempertingkatkan ilmu ikhtiar hidup di kalangan Pengakap Kelana.
Kem Lencana Kemahiran dan Ujian Perkhemahan Lencana Ahli Berkhemah 2011 (Daerah GTS)
Written by TAY CHIH HERNTarikh : 2 September 2011 – 4 September 2011
Tempat : Wisma Pengakap Pulau Pinang
Tarikh : 14 Oktober 2011 – 16 Oktober 2011
Tempat : SJK (C) Sin Ya, Alma
54th JOTA (Jamboree On The Air) and 15th JOTI (Jamboree On The Internet) yang dianjukan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bukit Mertajam telah diadakan pada 14 Oktober 2011 hingga 16 Oktober 2011 bertempat di SJK (C) Sin Ya, Alma, Bukit Mertajam.
Callsign bagi Station JOTA kali ini adalah 9M2PX yang dikendali oleh Encik David Yeoh. Seramai 400 orang peserta dari kalangan Pengakap dan Pandu Puteri telah menghadir dan berkhemah sepanjang jambori yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini.
54th JOTA and 15th JOTI telah dirasmikan oleh Ahli EXCO Pertanian Kerajaan Negeri, YB Law Choo Kiang. Turut hadir bersama adalah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pentadbiran) Heng Soo Peng dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tan Sow Sung.
Selain itu, Trade-o-ree yang kali pertamanya diadakan juga dalam JOTA kali ini dan diketuai oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Unit Kelana dan Antarabangsa) Chew Ching Yee.