Berita 2011

Berita 2011 (29)

Tarikh             : 26 Jun 2011
Tempat           : Bukit Bendera 

Seramai 30 orang pengakap muda telah mengambil bahagian dalam ujian tersebut. Mereka bermula dari kaki Bukit Bendera (Moon Gate) dan bertuju ke Bukit Bendera.

 

Tarikh             : 12 Ogos 2011 – 14 Ogos 2011
Tempat           : SMK Machang Bubok

 

Perkhemahan ini telah dijalankan pada 12 hingga 14 Ogos 2011 di SMK Machang Bubok, Bukit Mertajam dengan diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Unit Kelana dan Antarabangsa) Chew Ching Yee. Seramai 6 orang Pengakap Kelana telah mengambil bahagian ini.

 

Objektif perkhemahan ini adalah mempertingkatkan kemahiran Projek Perintis dalam kalangan Pengakap Kelana serta pengurusan risiko terhadapnya.

 

Friday, 19 August 2011 00:00

Latihan Perkhidmatan Bantu Mula 2011

Written by

Tarikh             : 18 Ogos 2011
Tempat           : Hospital Besar Pulau Pinang

 

Latihan ini telah dijalankan pada 18 Ogos 2011 di Hospital Besar Pulau Pinang dengan bantuan Pegawai-pegawai Hospital Bahagian Kecemasan di Hospital Besar Negeri Pulau Pinang. Seramai 7 orang Pengakap Kelana telah mengambil bahagian latihan ini.

 

Monday, 22 August 2011 00:00

Kempen Pemeliharaan Alam Sekitar & Derma Darah

Written by

Tarikh             : 21 Ogos 2011
Tempat           : Pejabat MPSP, Jalan Betek, Bukit Mertajam

 

Kempen Pemeliharaan Alam Sekitar & Derma Darah telah diadakan pada 21 Ogos 2011 bertempat di Pejabat MPSP, Jalan Betek, Bukit Mertajam.

 

Kempen ini adalah dianjurkan oleh Majlis Perhubungan Pengakap Kelana Negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada calon-calon Anugerah B-P. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi perkhidmatan pemeliharaan kepada alam sekitar dan menderma darah kepada orang yang memerlukan.

 

Kempen ini telah dirasmikan oleh YB Phee Boon Poh, Ahli EXCO Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dalam ucapan perasmian beliau, beliau amat berterima kasih kepada para pengakap yang beusaha mengadakan kempen pemeliharaan sebegini untuk menyumbang kepada kebaikan alam sekitar untuk mewujudkan negeri Pulau Pinang yang bersih dan indah. Beliau juga berharap dengan tenaga dan usaha yang ada pada pengakap, dapat terus memupuk semangat kehijauan ini kepada orang ramai.

 

Turut hadir bersama adalah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai Puan Maimunah Mohd Sharif dan juga penolong pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri, pesuruhjaya-pesuruhjaya daerah.

 

Seramai 100 orang ahli pengakap turut hadir meraihkan kempen ini. Pelbagai aktiviti seperti bengkel pembuatan EM Mud-ball, ceramah kitar semula, pameran pengakap dan bengkel penghasilan sabun daripada minyak terpakai. Sebanyak 1500 biji EM Mid-ball telah dihasilkan dalam kempen ini.

 

Selain itu, kempen derma darah juga mendapat sambutan hangat di kalangan pengakap dewasa. Kempen kali ini telah berjaya mengumpul sebanyak 22 bungkus darah dengan kerjasama daripada Hospital Gleneagle Pulau Pinang

 

Manakala kutipan derma kepada Tabung rawatan Beh Kuan Kyn ke Beijing telah berjaya mengutip sebanyak RM120 dalam kempen kali ini.

Tarikh             : 26 Ogos 2011 – 28 Ogos 2011
Tempat           : Hutan Lipur Sungai Sedim

 

Perkhemahan Latihan Kemahiran Ikhtiar Hidup ini telah dijalankan pada 26 hingga 28 Ogos 2011 di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim, Negeri Kedah dengan bantuan jurulatih dari Syarikat Azam Travel yang menguruskan Tree Top Walk Sungai Sedim-pakar jurulatih dalam bidang kemahiran Ikhtiar Hidup. Seramai 8 orang Pengakap Kelana telah mengambil bahagian ini.

 

Objektif perkhemahan ini adalah untuk mempertingkatkan ilmu ikhtiar hidup di kalangan Pengakap Kelana.

Tarikh             : 2 September 2011 – 4 September 2011
Tempat           : Wisma Pengakap Pulau Pinang

Monday, 17 October 2011 00:00

54th JOTA and 15th JOTI (9M2PX)

Written by

Tarikh             : 14 Oktober 2011 – 16 Oktober 2011
Tempat           : SJK (C) Sin Ya, Alma

 

54th JOTA (Jamboree On The Air) and 15th JOTI (Jamboree On The Internet) yang dianjukan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bukit Mertajam telah diadakan pada 14 Oktober 2011 hingga 16 Oktober 2011 bertempat di SJK (C) Sin Ya, Alma, Bukit Mertajam.

 

Callsign bagi Station JOTA kali ini adalah 9M2PX yang dikendali oleh Encik David Yeoh. Seramai 400 orang peserta dari kalangan Pengakap dan Pandu Puteri telah menghadir dan berkhemah sepanjang jambori yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini.

 

54th JOTA and 15th JOTI telah dirasmikan oleh Ahli EXCO Pertanian Kerajaan Negeri, YB Law Choo Kiang. Turut hadir bersama adalah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pentadbiran) Heng Soo Peng dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tan Sow Sung.

 

Selain itu, Trade-o-ree yang kali pertamanya diadakan juga dalam JOTA kali ini dan diketuai oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Unit Kelana dan Antarabangsa) Chew Ching Yee.

Sunday, 13 November 2011 00:00

54th JOTA and 15th JOTI (9M4SJP)

Written by

Tarikh             : 15 Oktober 2011 & 12 November 2011

Tempat           : Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang & SMK (L) Methodist

 

54th JOTA (Jamboree On The Air) and 15th JOTI (Jamboree On The Internet) yang dianjukan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Georgetown (Selatan) telah diadakan pada 15 Oktober 2011 bertempat di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang. Manakala bagi aktiviti sampingan telah diadakan pada 12 November 2011bertempat di SMK (L) Methodist.

 

Callsign bagi Station JOTA kali ini adalah 9M4SJP. Seramai 100 orang peserta dari kalangan Pengakap dan Pandu Puteri telah menghadir ke Jambori ini.

 

Majlis Penutupan adalah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin.

Tarikh             : 30 September 2011 – 2 Oktober 2011
Tempat           : Wisma Shafie Mohd Salleh

 

Seramai 6 orang Pengakap Kelana telah dicalon oleh PPM Negeri Pulau Pinang untuk mengahadiri penilaian ini yang berlangsung pada 30 September hingga 2 Oktober 2010 di Pusat Latihan Pengakap Malaysia (PULAPEM), Wisma Shafie Mohd Salleh, Balakong, Selangor. Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pentadbiran) Heng Soo Peng dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Unit Kelana dan Antarabangsa) Chew Ching Yee telah dilantikan oleh Pesuruhjaya Latihan Negara, Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohsin sebagai Penilai Utama untuk menjalankan tugas dalam Penilaian ini. Pengakap Kelana dari negeri Pulau Pinang yang telah lulus dalam Penilaian Anugerah BP Pengakap Kelana Peringkat Kebangsaan adalah:

 

     
  • Tang Yen Kin (Daerah Bukit Mertajam, Krew A)
  • Ong Shy Hann (Daerah Bukit Mertajam, Krew A)
  • Ong Kai Xuan (Daerah George Town Selatan, Krew B)
  • Nyong Chye Loon (Daerah Bukit Mertajam, Krew I)
  • Yeong Hau Sen (Daerah Bukit Mertajam, Krew F)
  • Wong Kok Nian (Daerah Butterworth, Krew H)

 

Tanda pakaian seragam bagi pemegang Anugerah BP adalah berpakaian epolet kelana merah yang bersulam perkataan BP serta padi dalam warna emas dan berpakaian rambu berwarna merah.

 

Sunday, 18 September 2011 14:19

Clean Up The World 2011: Taman Juru

Written by

Tarikh             : 17 September 2011
Tempat           : Taman Juru

 

Projek Clean Up The World:Taman Juru ini adalah diadakan berselari dengan Clean Up The World yang telah dirancangkan diadakan pada minggu ketiga bulan September setiap tahun.

 

Projek Clean Up The World:Taman Juru adalah dianjurkan oleh Majlis Perhubungan Pengakap Kelana dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai dan komuniti setempat Taman Juru.

 

Projek ini dirasmikan oleh ADUN Bukit Tengah, YB Ong Chin Wen di Padang Permainan Taman Juru. Projek ini merangkumi mengecat semula peralatan permainan, membersihkan dewan serbaguna, menanam pokok dan memotong rumput.

 

Terdapat seramai 20 orang pengakap dan 40 penduduk tempatan hadir bersama menjayakan projek ini

Page 2 of 3