Berita 2011

Berita 2011 (29)

Tarikh             : 13 Februari 2011
Tempat           : Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang 

Tujuan majlis makan malam ini diadakan adalah mengadakan perhimpunan untuk rumah orang cacat, rumah orang tua dan rumah kanak-kanak. Majlis tersebut diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang pada 13 Februari 2011 dan seramai 15 orang pengakap telah memberi bantuan.

Wednesday, 16 February 2011 00:00

Bantuan untuk Malam Chap Goh Meh (Daerah GTS)

Written by

Tarikh             : 15 Februari 2011
Tempat           : Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang

 

Tujuan perayaan Malam Chap Goh Meh adalah satu tradisi orang Cina dan tugasan bagi para pengakap adalah untuk menjaga keadaan situasi dan memindahkan barang-barang. Seramai 15 orang pengakap dari sekolah berlainan telah memberi bantuan dalam perayaan tersebut.

Tarikh             : 6 Mac 2011
Tempat           : Pengkalan Weld 

Monday, 21 March 2011 00:00

Kem Perancangan Program Pengakap Kelana 2011

Written by

Tarikh             : 19 Mac 2011 – 20 Mac 2011
Tempat           : Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang 

Perkhemahan ini telah diadakan pada 19 hingga 20 Mac 2011 di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang dengan diketuai oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Unit Kelana dan Antarabangsa) Chew Ching Yee. Seramai 16 orang Pengakap Kelana telah mengambil bahagian ini. Dalam perkhemahan ini, peserta diminta membuat rancangan awal dan membentangkan rancangan perlaksanaan 5 perkhemahan latihan kemahiran pengakap dan 6 program yang akan bakal dijalankan sebagai Ujian Lencana-lencana Pengakap Kelana. Jurulatih yang terlibat adalah: Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Latihan) Abu Bakar Bin Awang, Jurulatih Antarabangsa

 

[Laporan: Chew Ching Yee]

 

Monday, 21 March 2011 00:00

Kursus Kepimpinan Manikayu (Pengenalan) 2011

Written by

Tarikh             : 20 Mac 2011
Tempat           : Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang 

Kursus telah dijalankan pada 20 Mac 2011 di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang dengan diketuai oleh PPD Anuar Bin Sha’ari dan PPD Tan Sow Sung. Seramai 19 peserta lelaki peserta dan 12 peserta wanita dari Negeri Pulau Pinang telah menyertai kursus ini.

 

 

Monday, 11 April 2011 00:00

Kursus Lencana Anti Dadah 2011

Written by

Tarikh             : 10 April 2011
Tempat           : Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang 

Kursus Lencana Anti Dadah diadakan pada 10 April 2011 bertempat di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang dan dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang Daerah Georgetown (Selatan).

 

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang bahayanya dadah dan pengaruh negatif dadah kepada masyarakat serta sebagai salah satu syarat untuk Ujian Lencana Kepandaian Pengakap Muda. Satu pameran anti-dadah juga disediakan di Dewan Wisma Pengakap.

 

Seramai 60 orang Pengakap Muda dari daerah Georgetown (Selatan) menghadiri ke kursus ini. Penghargaan juga turut diberikan kepada Agensi Anti-dadah yang memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada kursus ini.

 

Tarikh             : 17 April 2011
Tempat           : Georgetown UNESCO Heritage Site 

Seramai 58 peserta telah menghadiri ujian tersebut dan tempat bersejarah untuk dilawat adalah Tokong Poh Hock Seah yang bersejarah selama lebih daripada 50 tahun sejak dibina.

Tarikh             : 30 April – 1 Mei 2011
Tempat           : Wisma Pengakap Pulau Pinang

 

Terdapat 68 pengakap muda telah menghadiri ujian tersebut dan penjelajahan ini bermula dari Wisma Pengakap Pulau Pinang dan tamat di beberapa tempat seperti Tokong Kek Lok Si, Hospital Pulau Pinang terpulang kepada perjalanan kumpulan-kumpulan.

Friday, 25 April 2014 00:00

Kursus CALT 2011

Written by

Tarikh             : 18 April 2011 – 24 April 2011
Tempat           : Arena Beloa, Majlis Belia Sabah

 

PIPN Noraini Binti Putih dan PPPD Chan Hong Wai telah mewakili PPM Negeri Pulau Pinang untuk mengahadiri kursus ini yang berlangsung pada 18 sehingga 23 April 2011 di Arena Beloa, Majlis Belia Sabah, Taman Winley Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah.

 

Monday, 02 May 2011 00:00

Pameran Karnival Belia Auto City 2011

Written by

Tarikh             : 1 Mei 2011
Tempat           : Concept Hall, Auto City, Juru

 

Sempena dengan Karnival Belia yang dianjurkan oleh Majlis Belia Negeri Pulau Pinang pada 1 Mei 2011 di Concept Hall Auto City, Juru, satu ruangan pameran telah diberikan kepada Pesekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan pameran.

 

Tugasan hiasan ruangan pameran diketuai oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah Teoh Kheng Lin dan Chang Wei Yan. Turut dibantu oleh Majlis Perhubungan Pengakap Kelana Negeri Pulau Pinang dan Kumpulan Ke-24 dan 03 Nibong Tebal.

Page 1 of 3