Monday, 29 March 2010 00:00

Perkhemahan Pengakap Kelana dan Perlancaran Bulan Kerja

Written by 
Rate this item
(0 votes)

Tarikh             : 26 Mac 2010 – 28 Mac 2010
Tempat           : Kem Pengakap Melaka 

Perkhemahan Pengakap Kelana dan Perlancaran Bulan Kerja yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia diadakan pada 26hb hingga 28hb Mac 2010 bertempat di Kem Pengakap Melaka, Negeri Melaka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengabungkan Pengakap Kelana dari seluruh Malaysia untuk memberikan idea dan pendapat untuk memajukan Pengakap Kelana Malaysia serta merasmikan Bulan Kerja yang berlangsung dari bulan April hingga Jun yang disasarkan kepada semua Pengakap Kelana dengan masyarakat-masyarakat luar.

 

            Pesekutuan Pengakap Negeri Pulau Pinang telah menghantar 4 orang wakil untuk menghadiri perkhemahan tersebut. Mereka adalah Encik Rozlan Bin Yahya, Pesuruhjaya Daerah Balik Pulau, Wong Kok Nian, penolong pemimpin Krew Kelana H Butterworth, Chang Wei Yan, penolong pemimpin Krew Kelana D Nibong Tebal, dan Mohd Izzat Bin Izman, Pemimpin Krew Kelana A Balik Pulau.

 

            Perkhemahan tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negara Dato Kaharudin Bin Momin. Selepas pembukaan rasmi, pelbagai topik dan forum berkenaan pengakap kelana turut dibentang dan dibincangkan. Antara topic yang dibentangkan adalah “Pengakap Kelana dalam Perlancongan”, “Keusahawanan Pegakap Kelana- Menghasil Minyak daripada Tayar Buruk, “Kebersihan dan keselamatan Alam Sekeliling – Fogger Igeba”. Manakala bagi topik-topik yang dibincangkan adalah “Skim Lencana Pengakap Kelana Baharu”, “Penukaran Uniform Pengakap Kelana”, “Informasi-informasi Pengakap Kelana”, dan “Penglibatan Belia dalam Pengakap Kelana”

 

            Di samping itu, Kad Bulan Kerja Pengakap Kelana juga diberikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negara kepada wakil-wakil negeri. Selain itu, para peserta perkhemahan tersebut juga bergotong-royong membantu kampung di sekitar Kem Pengakap Melaka membuat semburan asap (fogging) dan membersihkan sampah-sarap. Para peserta juga berpeluang melawat ke sebuah kedai lebah madu yang berhampiran serta menikmati jus madu asli.

 

            Dalam majlis penutupan, Pesuruhjaya Pengakap Negara berharap para pengakap kelana dapat terus dan sentiasa memberikan sumbangan kepada masyarakat dan Persekutuan Pengakap Malaysia.

 

 

Read 610 times