Highlight

  • 20130922 Donate Blood Banner (small)
  • MH2013
  • Sambutan105

Kursus Ketua Patrol Pengakap Muda 2012 Berjaya Diadakan

Posted in Aktiviti

BUKIT MERTAJAM, Kursus Ketua Patrol Pengakap Muda 2012 telah berjaya diadakan di SMK Machang Bubok pada 27hb April 2012 hingga 29hb April 2012. Kursus Ketua Patrol Pengakap Muda yang merupakan pogram tahunan bagi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang telah dihadiri seramai 165 orang ahli Pengakap Muda dari seluruh negeri Pulau Pinang dan dibantu oleh 25 orang pembantu kursus serta digelola oleh 30 orang Pemimpim pengakap, penolong-penolong pesuruhjaya.

Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini memberi latihan kepimpinan kepada ahli pengakap untuk menjadi seorang pengakap yang bertanggungjawab dan berkemampuan memimpin satu patrol yang kecil apabila kembali ke kumpulan masing-masing. Pelbagai latihan dalam bentuk kuliah, aktiviti kerja tangan, berkumpulan, dan kaedah pengakap telah diadakan.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin yang hadir memantau keadaan kursus pada pagi Ahad sempat memberi sepatah dua patah nasihat dan motivasi kepada para peserta dalam satu sidang yang ringkas. Beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menghantar ahli pengakap ke kursus yang bermanfaat ini, dan juga berharap para pengakap di negeri Pulau Pinang dapat mengikuti ataupun menurut cara berpengakap yang betul dengan menyertai aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PPMNPP.

Kursus ini bersurai pada jam 3 petang dan para peserta telah menimba ilmu berpengakap yang dipelajari kembali ke kumpulan pengakap masing-masing.

Laporan oleh:
Admin (Wong Kok Nian - PIPN ICT)

Earth Hour Celebration 2012

Posted in Pengakap Kelana

March 31- Members from the Penang Rovers Celebrate the Earth Hour during the Earth Day at the time from 8:30pm to 9:30pm. The Event take place at Wisma Pengakap Pulau Pinang.


The Event objective is to reduce the release of the Carbon particles from the light source to the atmosphere and also to cool down the earth temperature.

 

Scout are...