Highlight

  • 20130922 Donate Blood Banner (small)
  • MH2013
  • Sambutan105

Kursus Ketua Patrol Pengakap Muda 2014

Posted in Pengumuman dan Siaran

Pengetua

Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pulau Pinang

(Seperti dalam lampiran)

 

Tuan,

 

KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP MUDA PULAU PINANG TAHUN 2014

 

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang akan mengadakan kursus seperti berikut:

 

Tarikh                        : 14-16 March 2014(Jumaat – Ahad)
Masa lapor diri            : 14-16 March 2014 (2.30 Petang)
Masa tamat               : 14-16 March 2014 (3 Petang)
Tempat                      : SMK Machang Bubok,Bukit Mertajam

1. Sehubungan itu, ahli pengakap sekolah tuan adalah dijemput untuk mengambil bahagian dalam kursus ini. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengakap disamping memberi peluang kepada para pengakap untuk mempelajari kemahiran kepimpinan sebagai seorang Ketua Patrol. Dalam kursus ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain melalui tugasan dan  projek-projek yang dijalankan.          

2.Setiap peserta akan dikenakan bayaran penyertaan sebagai RM30.00 (tidak termasuk pengangkutan dan bahan keperluan peribadi perserta semasa menghadiri kursus)

Setiap peserta akan menerima:
(a) Makanan dan minumam sepanjang kursus dijalankan
(b) Sekeping lencana kain kursus
(c) Sehelai ponco berukur 6 x 6 kaki untuk mendirikan khemah
(d) Sijil penyertaan yang dikeluar oleh PPM Negeri Pulau Pinang
(e) Nota kursus.

Cara bayaran: Yuran pendaftaran boleh dibayar secara wang tunai kepada urusetia kursus atau cek berpalang (atas nama Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang).Resit rasmi akan dikeluarkan

 

3. Untuk maklumat tuan, syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

(a)     Ahli pengakap muda (umur 13 hinnga 15 ½) dan berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia pada tahun 2014 (sila tunjukkan kad pendaftaran ahli pengakap Tahun 2014 atau sertakan salinan Borang Pendaftaran Keahlian, Borang PPM 2A).
(b)    Mempunyai minat dan kebolehan sebagai seorang ketua patrol/kumpulan.
(c)    Mendapat kebenaran daripada waris.

4.Sehubungan dengan itu, beserta dengan surat ini telah dilampirkan borang pendaftaran, keperluan kursus dan peta lokasi kursus.

a)    Bagi pengakap sekolah anda yang berminat menyertai kursus ini, sila mendaftarkan Nama Sekolah Anda dan Bilangan Peserta, sebelum 05 March 2014 melalui talian, SMS atau emel kepada: Tan Peng Chong di talian: 016-4362656 atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

b)    Selain itu, peserta juga perlu lengkapkan dan kembalikan Borang Penyertaan semasa pendaftaran Kursus pada 14hb March  2014.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi atau melayari:
Laman Web Kursus Ketua Patrol 2013 – http://pgscout.org/pl-course-2014 

Tan Peng Chong (016-4362656) atau Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan amat disanjung tinggi.

Sekian. Terima Kasih.

“PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI”

“BERKHIDMAT  UNTUK  NEGARA  MELALUI  BERPENGAKAP”

 

Saya yang menjalankan tugas,

(YEOH MOOI LEE)

Setiausaha Kursus Ketua Patrol

Merangkap

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri

 

icon Surat Kursus Ketua Patrol PM 2014 (37.49 kB)

Pendaftaran Keahlian Tahunan 2014

Posted in Pengumuman dan Siaran

Pengetua & Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Menengah & Rendah,
(Seperti dalam lampiran)

Tuan,

PENDAFTARAN KUMPULAN & KEAHLIAN PENGAKAP TAHUN 2014
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan diingatkan dan diminta untuk memperbaharui pendaftaran kumpulan dan keahlian Pengakap di sekolah tuan bagi tahun 2014. Adalah menjadi satu kesalahan menjalankan aktiviti kepengakapan tanpa pendaftaran. (Akta Parlimen 1968 : Persekutuan Pengakap Malaysia).

 

Pendaftaran Keahlian Tahunan 2015

Posted in Pengumuman dan Siaran

Pengetua & Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Menengah & Rendah,
(Seperti dalam lampiran)

Tuan,

PENDAFTARAN KUMPULAN & KEAHLIAN PENGAKAP TAHUN 2015
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan diingatkan dan diminta untuk memperbaharui pendaftaran kumpulan dan keahlian Pengakap di sekolah tuan bagi tahun 2014. Adalah menjadi satu kesalahan menjalankan aktiviti kepengakapan tanpa pendaftaran. (Akta Parlimen 1968 : Persekutuan Pengakap Malaysia).

 

Scout are...